Beberapa hari lagi seluruh rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi akan membuang undi bagi memilih kerajaan baru untuk terus memerintah Malaysia. Aku antara mereka yang akan membuang undi pada 05 Mei 2013 ini nanti.
Apabila melihat senario kempen pilihanraya kali ini, aku berasa agak gerun juga. Manakan tidak kebanyakkan penyokong parti terlalu taksub sehingga sanggup melakukan apa saja perkara yang diluar jangkaan aku. Agak mengecewakan juga kerana selama ini rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa dan saling hormat menghormati. Namun senario sekarang telah mendedahkan betapa seriusnya masalah ini. Jika dilihat penyokong parti pembangkang (minta maaf kepada mereka) lebih agresif dari penyokong parti BN. Walaupun tidak semua begitu tapi tingkahlaku yang ditunjukkan oleh segelintir mereka benar benar telah mencalar imej parti pembangkang itu sendiri.
Sikap pemimpin parti pembangkang juga agak memeningkan kepala. Tak salah kalau nak bertanding tapi bila berkempen biarlah secara professional, berhemah dan berintergriti. Bagi saya yang bukan ahli politik ini bila mengikuti perkembangan politik Malaysia saya rasa agak sedih. Apakah kita tidak melihat contoh kempen terbaik yang dilakukan semasa pemilihan Presiden Amerika, mereka berkempen dengan baik. Saya tidak melihat mereka memaki hamun sesama sendiri di khalayak umum yang terdiri dari pelbagai peringkat usia dan kaum.Berkempenlah secara sihat bukan mengikut api amarah dan ego.
Parti BN jika dilihat dari sudut kejayaan memerintah negara ini selama 55 tahun tidak dinafikan telah membawa pelbagai kejayaan kepada negara. Namun mereka juga terdiri dari kalangan manusia yang tidak lepas dari kesilapan. Bila tersilap, ya, mereka mengaku kesilapan itu, meminta maaf dan berusaha memperbaiki kesilapan itu. Masih ada kelemahan pihak BN dalam berkempen, mereka perlu lebih agresif terutama dalam usaha mendapatkan undi dari kaum cina. Jika dilihat secara teliti kebanyakan kaum cina terutama golongan muda mereka lebih banyak pro-pembangkang. Kenapa ini terjadi? Ini kerana pihak BN sebelum ini kurang mendekati dan menyelami kaum cina. Baru sekarang kita lihat kerajaan berusaha mendekati kaum cina dan diharapkan lagi kerajaan akan terus mendekati kaum cina ini dan tidak pula mengabaikan kaum Melayu, India, serta kaum bumiputra Sabah dan Sarawak.
Aku kadang-kadang agak terkesan juga bila mendapat soalan dari pelajar-pelajar aku yang rata-rata agak naif tentang dunia ini. Mereka boleh mengujakan pertanyaan yang tidak akan terfikir oleh kita . Mereka boleh bertanya pada aku "Cikgu, cikgu kata menghina orang itu perbuatan yang tidak elok, tapi kenapa dalam surat khabar, dalam tv saya tengok dia orang maki hamun, guna bahasa kesat marahkan orang lain"..bayangkan kesan yang telah kita tinggalkan kepada anak-anak kecil ini. Aku berharap sangat kepada ahli politik yang berkempen dan para penyokong mereka agar lebih berhemah lagi semasa menjalankan kempen pilihanraya ini.
Ingatlah, kata orang tua "bila bertutur biarlah berlapik", kepada rakyat Malaysia selamat mengundi pada 5 Mei 2013 ini, kepada parti politik yang bertanding, bertandinglah dengan penuh berhemah. Selamat mengundi.......
Tuesday, April 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment